<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d676455990906608037\x26blogName\x3dkesucian\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-liana-northvista.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-liana-northvista.blogspot.com/\x26vt\x3d-1573683592885718454', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
.Sunday, July 27, 2008 ' 5:15 AM

Perasaan saya

Memandangkan ini adalah kali pertama saya memasuki pertandingan seperti ini,saya agak tidak yakin kalau saya boleh membuatnya.Tetapi,dengan sokongan guru dan rakan saya,saya hanya cuba.Setelah saya memulakan membuat entri pertama,saya sudah mula mempelajari banyak lagi permainan yang dimainkan oleh orang-orang dahulu.Sebelum ini,saya hanya mengetahui tentang permainan yg masih ada lagi,tetapi tidak begitu popular iaitu congkak,gasing,capteh dan teng-teng.Kebanyakan remaja sekarang lebih suka bermain komputer dan gadget lain.Ini semua kerana zaman sekarang,teknologi sudah berubah dan orang-orang lagi mampu membeli barangan elektronik yang canggih.Dengan memasuki pertandingan ini,saya lebih banyak mengetahui permainan yang dibuat sendiri,sejarahnya dan asal-usul permainan itu.Saya harap,permainan yang masih ada lagi ini tidak akan terus pupus pada generasi akan datang kerana dengan adanya permainan elektronik dan zaman yang makin mengembang dengan pelbagai permainan baru. :)


th vintage love





. ' 2:05 AM

Permainan tradisional masyarakat india


Sejenis permainan tradisional yang dimainkan oleh orang berbangsa India dipanggil ‘Aade-puli-atem' yang bermaksud ‘ Permainan Harimau dan Kambing'. Persiapan untuk permainan ini agak mudah. Alat-alat yang diperlukan ialah sekeping kertas, pena, lima belas biji saga dan tiga biji asam jawa. Manik-manik atau barangan kecil yang berbeza saiznya juga boleh digunakan. Pada waktu dahulu, kanak-kanak serta orang dewasa yang berbangsa India , melukiskan garisan-garisan bagi permainan ini di atas lantai, kaki lima , atau di mana sahaja yang sesuai. Inilah rupa garisan-garisan bagi permainan ini.

Cara permainan ini dimainkan hampir sama dengan permainan catur. Biji-biji saga atau manik-manik yang kecil berperanan sebagai kambing. Biji-biji asam jawa atau manik-manik yang lebih besar berperanan sebagai harimau. Permainan ini dimainkan oleh dua orang. Seorang berpihak pada harimau dan seorang lagi berpihak pada kambing. Setiap pemain akan meletakkan sebutir biji atau maniknya di mana-mana simpang yang tidak berpenghuni. Setiap pemain hanya boleh membuat satu gerakan setiap kali.
Garisan-garisan bagi permainan ‘Harimau dan Kambing'
Setelah berada di satu simpang, pemain tersebut hanya dapat bergerak ke satu simpang sekiranya tiada penghuni di simpang itu. Seekor harimau boleh melompat atas seekor kambing di garisan yang sama sekiranya simpang yang bersebelahan kambing itu kosong. Kambing tidak dibenarkan membuat sebarang lompatan. Ia hanya dapat bergerak ke simpang seterusnya yang kosong. Harimau akan menang jika semua kambing dapat ‘dimakan'. Kambing pula akan menang sekiranya semua harimau dikepung tanpa mempunyai kesempatan untuk membuat gerakan seterusnya. Walaupun permainan ini agak mudah difahami, ia mencabar minda seseorang pemain untuk menewaskan pihak lawannya.
Cubalah kawan-kawan memainkan permainan ini bersama rakan atau ahli keluarga kawan-kawan.

Infomasi dari lelaman( http://www1.moe.edu.sg/nadi/arkib/2005/july/budaya/corakkehidupan/corakkehidupan.htm)


th vintage love





.Saturday, July 26, 2008 ' 6:55 AM
Keharmonian Kaum
Pada hari Isnin yang lalu,iaitu pada tarikh 21 Julai 2008, sekolah saya telah mengadakan hari keharmonian kaum. Pada hari itu, guru-guru kami ada yang memakai pakaian tradisional. Pada hari itu juga terdapat pelbagai aktiviti yang dimainkan terutama sekali permainan tradisional. Terdapat permainan seperti congkak,gasing,capteh,ting-ting cina, hentam bola dan rounders. Dengan mengadakan aktiviti seperti ini,remaja zaman sekarang dapat mempelajari cara bermain permainan dari bangsa lain dan mengetahui tentang permainan tradisional yang hampir pupus kerana adanya komputer dan berbagai gajet lain. Pada hari itu,kami tidak sahaja mempelajari tentang permainan tradisional, tetapi juga pakaian tradisional. Saya sangat berharap bahawa pada tahun hadapan, sekolah saya akan meraikan hari keharmonian kaum dengan lebih meriah lagi. .Saya juga berharap kita dapat merayakan pada waktu malam supaya ia menjadi lebih meriah.

th vintage love





.Friday, July 25, 2008 ' 1:01 AM
Ini adalah pertama sekali saya memasuki pertandingan seperti ini. Pada mulanya,saya berasa tidak begitu yakin untuk memasuki pertandingan ini kerana saya tidak begitu tahu untuk menggunakan blog. Kebetulan, di dalam kelas Bahasa Melayu saya, guru saya menggunakan blog juga ketika belajar. Beliau menggunakan kaedah ini supaya murid-murid yang tidak tahu menggunakan blog, mereka tidak akan ketinggalan tentang IT. Saya memasuki pertandingan ini juga dengan dorongan kawan-kawan saya dan galakan daripada guru saya. Saya hanya ingin mencuba memasuki pertandingan ini.D engan pertandingan ini, saya boleh mengetahui banyak tentang permainan tradisional. Kebanyakan permainan yang dimainkan pada zaman dahulu telah pupus di zaman sekarang. Zaman sekarang, mereka lebih berminat bermain komputer atau PS. Sekarang, kebanyakan permainan seperti daun opeh, biji buah saga, gasing, semut-orang-gajah, batu serembat dan banyak lagi permainan tradisional sudah jarang dimainkan lagi.

th vintage love





.Thursday, July 24, 2008 ' 6:31 AM
Interviu dengan ibu saya
Saya :Apakah permainan yang dimainklan oleh orang dahulu?
Mama :Permainan yang dimainkan oleh orang dahulu ialah kuti-kuti,gasing,daun opeh,congkak,ting-ting,batu serembat,capteh dan berbagai lagi.
Saya :permainan apakah yang sangat popular pada zaman itu?
Mama :Batu seremban dan congkak.
Saya :Pada zaman itu,terdapat ramai orang yang kurang berkemampuan.Apakah yang mereka gunakan untuk bermain conkak?
Mama :Mereka akan membuat sebuah lubang kecil.Ketika itu juga,mereka menggunakan biji asam untuk dijadikan sebagai guli.

th vintage love





. ' 5:55 AM
Interviu bersama bapa saya
Saya:Abah,pada zaman dahulu,apakah permainan yang dimainkan oleh abah ketika kecil?
Abah:Pada zaman dahulu,kami semua membuat dan mencari permainan sendiri.
Saya:Apakah permainan yang paling abah gemari?
Abah:Ting-ting
Saya:Apa yang abah gunakan ketika bermain ting-ting?
Abah:Abah dan rakan-rakan abah akan melukis di tanah.kami akan menggunakan benda berat untuk mencampakkan ke dalam kotak ting-ting. Kami menggunakan selipar,batu atau tutup botol.

th vintage love





.Tuesday, July 22, 2008 ' 4:45 AM

Sejarah Gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau,
rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing)


th vintage love





.Monday, July 21, 2008 ' 5:49 AM
Cara-cara bermain sepak raga
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
Infomasi didapati di lelaman(http://www.tradisional-bib.blogspot.com/)

th vintage love





. ' 5:33 AM
gambar didapati di lelaman(http://sg.images.search.yahoo.com/search/images?p=sepak+raga&sm=Images&fr=yfp-t-img&toggle=1&cop=&ei=UTF-8)
Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.


Informasi didapati di lelaman(http://www.tradisional-bib.blogspot.com/)


Zaman sekarang juga,permainan ini juga dijadikan sebagai sesuatu kegiatan ko-kurikulum.Pada pendapat saya ini adalah sesutu kegiatan yang bagus kerana,ini boleh memperingatkan remaja sekarang tentang permainan tradisional.


th vintage love





.Sunday, July 20, 2008 ' 5:50 PM
Cara-cara bermain gasing
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
Informasi didapati di lelaman(http://www.tradisional-bib.blogspot.com/)

th vintage love







TenTang Diri Saya.

Nama saya Nurliana Bte Azman.
Saya berusia 15 tahun.
Sekolah Menengah:North Vista:)


Kesukaan Saya

Saya gemar pergi membeli-belah bersama rakan-rakan saya.
Saya juga suka bergantung di telefon atau mengirim kiriman ringkas.
Jika saya mempunyai masa luang,saya akan membaca buku atau bermain bersama adik-beradik saya


Alasan Menyertai Pertandingan Ini

Saya berminat untuk menyertai pertandingan ini kerana dengan ini,saya boleh mempelajari tentang permainan tradisional dan sejarah-sejarahnya.



TAGBOARD <>

SUZ
EYFA



Cita-cita saya

Cita-cita saya dari kecil ialah menjadi seorang guru.Saya ingin menjadi seorang guru kerana saya suka dengan bidak kecil dan juga,dengan menjadi seorang guru,saya tidak sahaja boleh berkongsi pengalaman saya sebagai seorang murid,tetapi juga boleh berkongsi ilmu yang saya pelajari.

x o x o