<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/676455990906608037?origin\x3dhttp://bb2008-liana-northvista.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
.Sunday, July 27, 2008 ' 2:05 AM

Permainan tradisional masyarakat india


Sejenis permainan tradisional yang dimainkan oleh orang berbangsa India dipanggil ‘Aade-puli-atem' yang bermaksud ‘ Permainan Harimau dan Kambing'. Persiapan untuk permainan ini agak mudah. Alat-alat yang diperlukan ialah sekeping kertas, pena, lima belas biji saga dan tiga biji asam jawa. Manik-manik atau barangan kecil yang berbeza saiznya juga boleh digunakan. Pada waktu dahulu, kanak-kanak serta orang dewasa yang berbangsa India , melukiskan garisan-garisan bagi permainan ini di atas lantai, kaki lima , atau di mana sahaja yang sesuai. Inilah rupa garisan-garisan bagi permainan ini.

Cara permainan ini dimainkan hampir sama dengan permainan catur. Biji-biji saga atau manik-manik yang kecil berperanan sebagai kambing. Biji-biji asam jawa atau manik-manik yang lebih besar berperanan sebagai harimau. Permainan ini dimainkan oleh dua orang. Seorang berpihak pada harimau dan seorang lagi berpihak pada kambing. Setiap pemain akan meletakkan sebutir biji atau maniknya di mana-mana simpang yang tidak berpenghuni. Setiap pemain hanya boleh membuat satu gerakan setiap kali.
Garisan-garisan bagi permainan ‘Harimau dan Kambing'
Setelah berada di satu simpang, pemain tersebut hanya dapat bergerak ke satu simpang sekiranya tiada penghuni di simpang itu. Seekor harimau boleh melompat atas seekor kambing di garisan yang sama sekiranya simpang yang bersebelahan kambing itu kosong. Kambing tidak dibenarkan membuat sebarang lompatan. Ia hanya dapat bergerak ke simpang seterusnya yang kosong. Harimau akan menang jika semua kambing dapat ‘dimakan'. Kambing pula akan menang sekiranya semua harimau dikepung tanpa mempunyai kesempatan untuk membuat gerakan seterusnya. Walaupun permainan ini agak mudah difahami, ia mencabar minda seseorang pemain untuk menewaskan pihak lawannya.
Cubalah kawan-kawan memainkan permainan ini bersama rakan atau ahli keluarga kawan-kawan.

Infomasi dari lelaman( http://www1.moe.edu.sg/nadi/arkib/2005/july/budaya/corakkehidupan/corakkehidupan.htm)


th vintage love







TenTang Diri Saya.

Nama saya Nurliana Bte Azman.
Saya berusia 15 tahun.
Sekolah Menengah:North Vista:)


Kesukaan Saya

Saya gemar pergi membeli-belah bersama rakan-rakan saya.
Saya juga suka bergantung di telefon atau mengirim kiriman ringkas.
Jika saya mempunyai masa luang,saya akan membaca buku atau bermain bersama adik-beradik saya


Alasan Menyertai Pertandingan Ini

Saya berminat untuk menyertai pertandingan ini kerana dengan ini,saya boleh mempelajari tentang permainan tradisional dan sejarah-sejarahnya.



TAGBOARD <>

SUZ
EYFA



Cita-cita saya

Cita-cita saya dari kecil ialah menjadi seorang guru.Saya ingin menjadi seorang guru kerana saya suka dengan bidak kecil dan juga,dengan menjadi seorang guru,saya tidak sahaja boleh berkongsi pengalaman saya sebagai seorang murid,tetapi juga boleh berkongsi ilmu yang saya pelajari.

x o x o